Muwahhidun, Kerajaan (515 H. 674 H./1121 M. 1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh digambarkan dengan pancaindera, Allah mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata. Orang yang menyokong konsep menyerupakan dan menjasadkan Allah menganggap orang Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan bahawa merekalah sahaja yang benar-benar beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya dengan makhluk. |