Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PAJAK-PINJAM | Pajak-Pinjam ialah rancangan yang dibuat oleh Amerika Syarikat pada awal Perang Dunia II (1939 1945) untuk membantu negara yang sedang berperang dengan Kuasa Paksi. Akta Pajak-Pinjam menjadi undang-undang pada 11 Mac 1941. | UMUM | |
PEMEGANG PAJAK GADAI | | UMUM | |
PAJAK | PAJAK, system sewa yang berkait dengan kegiatan pertanian. Pajak melibatkan persetujuan antara pemilik tanah dengan pemajak. Pemajak ialah orang yang membayar wang kepada pemilik tanah. Persetujuan ini adalah mengikut tempoh musim pertanian itu. Pemajak hendaklah melunaskan bayaran pajak dengan membayar dahulu secara tunai kepada tuan tanah. Jangka masa yang diliputi dalam pajakan ini boleh melebihi setahun. Biasanya tempoh pajakan adalah antara tiga hingga lima tahun, dan kadar pajakan adalah lebih rendah daripada harga pasaran hasil pajakan itu. | BUDAYA | Sistem |
AL-IJARAH | Al-Ijarah ialah prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan sewa pajak Islam. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
AR-RAHNU | Ar-Rahnu ialah prinsip syariah yang digunakan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
SEWA MATI | SEWA MATI, sistem sewa yang tetap dan tidak boleh diubah dalam pembahagian hasil tanaman. Jika perlu, penyewa terpaksa menyerahkan semua hasil tanaman atau terpaksa membeli daripada sumber lain untuk mencukupkan jumlah sewa yang telah ditetapkan. Di sesetengah tempat, sistem sewa mati ini dikenal juga dengan nama sistem pajak. | BUDAYA | Sistem |
SISTEM KANGCU | SISTEM KANGCU, sistem pentadbiran yang popular di kalangan masyarakat Cina yang mengusahakan ladang-ladang gambir dan lada hitam di Johor pada abad ke-19. pada ketika itu, Johor di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim. Johor mempunyai tanah yang luas yang masih belum diteroka dan sesuai untuk kedua-dua jenis tanaman tersebut. Kebanyakan kawasan ladang ini terletak di kawasan tebing sungai. Sistem Kangcu ini dapat dikatakan sebagai sebahagian daripada sistem pajak Cina terawal di negara ini dan satu daripada cara kerajaan Johor mengawal beratus ribu orang Cina di negeri itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |