Theodosius I (346395 M.) ialah maharaja Rom yang melarang semua amalan pagan (bukan Kristian) di Empayar Rom. Baginda terkenal di kalangan penganut Kristian sebagai yang Agung. Walau bagaimanapun, baginda merupakan seorang pemerintah yang berpandangan cetek dan telah melemahkan empayar dengan mewujudkan banyak jawatan baru kerajaan dan menaikkan cukai. Empayar Rom berpecah selama-lamanya kepada empayar barat dan timur apabila Theodosius mewasiatkan supaya empayar tersebut dibahagikan di antara dua orang puteranya, Honorius dan Arcadius. |