Anubis adalah tuhan alam ghaib yang penting di kalangan orang Mesir purba. Pusat ibadatnya yang utama ialah di Kynopolis, yang bermaksud Bandar Anjing di Yunani. Oleh sebab anjing atau serigala merupakan haiwan sucinya, Anubis sering kali digambarkan sebagai anjing atau serigala yang sedang mendekam. Fungsinya dikaitkan dengan Osiris, ketua tuhan alam ghaib, dan Thoth, pembantu Osiris. Tugas Anubis ialah menghadiri upacara ritual mempersiapkan mayat, menimbang hati setiap orang dengan neraca keadilan, dan mengadili perbuatan baik dan jahat seseorang di dunia ini. Lihat juga Mitologi; Osiris; Thoth. |