Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat yang digunakan untuk membuat minyak wangi. Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami penapaian (perubahan kimia yang menguraikan bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina, dan Singapura. |