Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif (katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti televisyen, paparan radar dan banyak alat saintifik. |