Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NAZAM | Nazam, sejenis gubahan puisi. Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau ekarima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya lebih daripada 10 jumlah perkataan). | SASTERA | Konsep |
BERZANJI | BERZANJI, puisi yang tergolong dalam genre dikir atau zikir yang merupakan salah satu daripada 12 genre puisi Melayu tradisional. Perkataan berzanji dalam bahasa Melayu terdiri daripada perkataan Barzanji yang sebenarnya nama pengarang puisi tersebut, iaitu al-Saiyyid Jaafar al-Barzanji yang meninggal dunia pada tahun 1766. Keterangan tentang nama pengarang ini dijelaskan dalam barzanji nathar. Bagaimanapun berdasarkan bentuk dan isi, umum berpendapat barzanji nazam juga ditulis oleh pengarang yang sama. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata nazam |
|
|