Perkakas pneumatik ialah sejenis peralatan kuasa yang digerakkan oleh pemampat udara. Ia mempunyai pelbagai kegunaan. Contohnya, ia digunakan oleh doktor gigi untuk membuang bahagian gigi yang telah rosak. Mekanik kereta menggunakan perengkuh pneumatik untuk mengetatkan bolt dan nat manakala pekerja binaan menggunakan tukul pneumatik untuk memecahkan sesuatu permukaan. |