Asma ialah penyakit yang melibatkan kesesakan nafas. Kesukaran bernafas ini boleh menyerang penghidap asma dengan serangan tiba-tiba dan mendadak yang berlaku secara berkala. Gejalanya termasuklah bunyi berdehit dari dada semasa menarik nafas malah lebih kuat lagi bunyi berdehit semasa menghembuskan nafas. Pesakit mungkin tercungap-cungap dan berasa seolah-olah dia kelemasan. |