Tiepolo, Giovanni Battista (16961770) ialah pelukis terkenal Itali yang terakhir daripada kumpulan Venitian. Dia pada mulanya meminati Paolo Veronese. Kemudian dia mencipta satu gaya mural berwarna-warni yang hebat yang kemudiannya amat digemari di Eropah pada tahun 1770-an. Banyak lukisan muralnya menggambarkan peristiwa bersejarah dan alegori yang hebat. Ia memaparkan watak aktif yang dilukis menggunakan warna pastel yang ceria. Tiepolo lahir di Venice, Itali. Selepas tahun 1750, dia banyak berkarya di Jerman dan Sepanyol. Karyanya termasuk hiasan untuk istana ketua biskop di Würzburg, Jerman dan di Istana Diraja di Madrid . Beberapa lukisan minyak kecil Tiepolo untuk mural besarnya dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan, New York City. Lihat juga Seni lukis (Hiasan). |