Sungai Paraná ialah sungai kedua terpanjang di Amerika Selatan selepas Sungai Amazon. Panjangnya kira-kira 4000 kilometer. Sungai Paraná berpunca di selatan Brazil, iaitu pertemuan Sungai Rio Grande dan Sungai Paranaiba. Dari sini, Sungai Paraná mengalir ke selatan melalui Brazil dan sepanjang sempadan di antara Brazil dengan Paraguay. Kemudian sungai ini menjadi sempadan di antara Paraguay dengan Argentina dan mengalir melalui Argentina. Sungai ini masuk ke Lautan Atlantik melalui muara yang dikenali sebagai Sungai Plata (Rio de la Plata). Kapal boleh mudik melalui muara itu dan terus sampai ke Paraná sejauh Rosario, Argentina, iaitu 640 kilometer dari Lautan Atlantik. Sungai Paraguay ialah cabang utama Sungai Paraná. Lihat juga Rio de la Plata; Sungai Paraguay. |