Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras. Banyak tempat yang cetek membahayakan bot yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225 kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang besar telah dibina dan terusan yang dalam telah dikorek. |