MUZIUM SENI MODEN | Muzium Seni Moden di New York ialah salah sebuah muzium yang terkemuka di dunia yang khusus mengumpul dan mempamerkan hasilhasil seni moden. Ia menempatkan lebih daripada 100 000 objek yang mewakili kesemua pergerakan seni utama sejak dari tahun 1880 sehingga kini, dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain. | UMUM | |
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN | KESUSASTERAAN MELAYU MODEN, kesusasteraan yang berkembang di Malaysia bermula pada tahun 1800 M., semenjak kelahiran karya Abdullah Munsyi, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1840), sehingga zaman kini. Kesusasteraan Melayu moden tumbuh seiring dengan perkembangan akhbar dan majalah terhasil daripada pengenalan alat cetak di Malaysia selepas tahun 1800. | SASTERA | Konsep |
PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA | PERSATUAN BAHASA MODEN MALAYSIA, persatuan bahasa. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1986 di Kuala Lumpur. Persatuan ini dianggotai oleh penyelidik, guru dan pengamal berbagai-bagai-bagai bahasa moden yang ada dan diajarkan di beberapa insitutisi pendidikan di Malaysia, iaitu di Universiti, Institut Teknologi MARA, dan pusat-pusat pengajaran bahasa swasta. Setakat ini bahasa yang di bawah naungan persatuan bahasa berkenaan ialah bahasa Arab, Belanda, Burma, Cina, Filipina, Iban, Inggeris, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Melayu, Perancis, Portugsi, Rusia, Sepanyol, Tamil Thai dan Urdu. Pada 1 November 1989, keahliannya meluas di seluruh Semenanjung. Sabah dan Sarawak. | BAHASA | Persatuan |