Kesusasteraan Yunani ialah sastera kebangsaan yang tertua dan paling berpengaruh di dunia Barat. Kesusasteraan Yunani menjadi model kepada semua kesusasteraan terkemudian di Barat, bermula dengan kesusasteraan Latin. Penulis Yunani memperkenalkan banyak jenis kesusasteraan yang penting, termasuk puisi lirik dan epik, drama tragik dan komik, dialog dan esei falsafah, sejarah kritis dan biografi dan surat-surat sastera. |