Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MINIT | Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah. Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah. Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut dibahagikan kepada 60 saat. | UMUM | |
SAAT | Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s. Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan 24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400 daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut, 60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60 minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000 daripada satu bulatan. | UMUM | |
SNELL, PETER | Snell, Peter (1938 ), salah seorang pelari jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962, dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela (1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3 saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara 800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake, di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada bidang olahraga pada tahun 1965. | UMUM | |
PLASTER PARIS | Plaster Paris ialah serbuk berwarna putih yang menjadi keras dalam masa beberapa minit apabila dicampurkan dengan air untuk membuat perekat. Plaster ini digunakan untuk membuat bentuk arca yang kecil, membuat acuan pembedahan, dan kegunaan lain. | UMUM | |
TAKOMETER | Takometer ialah peranti yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm). Takometer juga sering kali digunakan untuk mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada daya mekanikal. | UMUM | |
DARJAH | Darjah ialah nama bagi pelbagai unit kecil ukuran. Dalam geometri dan peta, darjah ialah unit ukuran bagi sudut dan arka bulatan. Sudut 1 darjah (1° ) bersamaan 1 /90 sudut tegak. Arka 1° bersamaan dengan 1 /360 bulatan penuh. Oleh sebab garisan lintang (latitud) dan garisan bujur (longitud) ialah bulatan, maka ia dikira dalam unit darjah. Darjah dalam geometri dibahagikan kepada 60 unit yang dikenali sebagai minit. Satu minit pula dibahagikan kepada 60 saat. Dalam sesetengah cabang matematik seperti trigonometri, sudut diukur dalam unit yang dikenali sebagai radian. | UMUM | |
ARMSTRONG, DUNCAN | Armstrong, Duncan (1968 ) ialah perenang warga Australia yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1988 bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki. Dia mencipta satu rekod baru dunia dengan kepantasan 1 minit 47.25 saat. Dia juga memenangi pingat perak dalam acara 400 meter gaya bebas. Dia bersaing dalam Sukan Komanwel di Edinburgh pada tahun 1986 dan memenangi dua pingat emas, satu untuk acara 400 meter gaya bebas dan satu lagi sebagai anggota pasukan renang berganti-ganti 200 meter Australia. Armstrong lahir di Brisbane. | UMUM | |
TERESHKOVA, VALENTINA VLADIMIROVNA | Tereshkova, Valentina Vladimirovna , (1937 ) ialah angkasawan wanita Soviet yang pertama mengembara ke angkasa lepas. Tereshkova membuat 45 edaran mengelilingi bumi dalam penerbangan yang memakan masa selama 70 jam 50 minit dari 16 Jun hingga 19 Jun 1963 dengan kapal angkasa lepas Vostok VI . | UMUM | |
MEMERANG | Memerang adalah anggota famili wesel. Memerang hidup berhampiran air dan menghabiskan banyak masa di dalam air. Memerang adalah pakar renang dan menyelam, dan boleh menyelam dalam air selama tiga atau empat minit. Ia bergerak canggung di darat. | UMUM | |
AMPERE | Ampere ialah unit yang digunakan untuk mengukur kadar aliran arus elektrik. Ia adalah salah satu daripada tujuh unit asas dalam sistem metrik, dan simbolnya ialah A. Ampere digunakan untuk mengukur elektrik sebagaimana unit gelen per minit digunakan untuk mengukur air. Arus elektrik mengalir pada kadar 1 ampere apabila 1 coulomb (unit caj elektrik) mengalir melepasi satu bahagian litar elektrik dalam masa 1 saat (lihat Coulomb ). Oleh itu, 1 ampere bersamaan dengan 1 coulomb per saat. Ahli fizik mentakrif ampere dari segi daya magnetik, yang diukur dalam newton, yang dihasilkan oleh arus. | UMUM | |
|
|