Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MICHELANGELO | Michelangelo (14751564) ialah salah seorang daripada pelukis yang paling terkenal dalam sejarah. Dia mempunyai minat yang mendalam khususnya dalam bidang ciptaan patung marmar yang besar, tetapi daya usaha kreatifnya yang tidak berkesudahan itu juga telah menyebabkan Michelangelo menjadi seorang pelukis, arkitek dan penyair yang unggul. Dia juga seorang daripada yang paling terkenal pada zamannya, di samping pemimpin Renaissance Itali yang hebat, satu tempoh kelahiran semula minat dalam seni lukis dan pembelajaran tentang Yunani dan Rom purba. | UMUM | |
ILUSTRASI | Ilustrasi ialah gambar yang menerangkan dan menambah minat kepada bahagian penulisan bahan bercetak seperti buku. Terdapat pelbagai jenis ilustrasi dan ia boleh dikeluarkan semula melalui pelbagai proses. | UMUM | Umum |
PERSATUAN SEKERJA | Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah persatuan orang yang mempunyai minat yang sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal, keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini mengadakan upacara mass (upacara orang yang beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan keagamaan ini disekat di England. | UMUM | |
SALOMA | Saloma, (19351983), penyanyi, pelakon dan Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang seni bermula semenjak zaman persekolahan. Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil bahagian dalam drama berjudul Gadis Moden dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek, kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan persekolahannya. | UMUM | |
MONTS, SIEUR DE | Monts, Sieur de (1560?1630?), penjelajah dan penjajah Perancis, yang menubuhkan petempatan penduduk di wilayah Acadia Kanada. Dia mempunyai minat dalam bidang perniagaan bulu binatang, penemuan baru, dan pelayaran. Sieur de Monts ialah rakan karib Raja Henry IV Perancis. Henry IV melantik Monts menjadi leftenan jeneral dan gabenor Acadia. | UMUM | |
DEMOKRAT LIBERAL | Demokrat Liberal ialah nama parti politik yang ketiga besarnya di Britain. Dasar parti ini menekankan hak individu. Parti ini menarik minat rakyat yang mempercayai bahawa perubahan dalam kehidupan di Britain perlu tetapi menolak sosialisme. | UMUM | |
SALZBURG | Salzburg (pend. 138 213) ialah bandar yang terletak di pergunungan barat laut Austria. Untuk lokasi, lihat Austria (peta). Salzburg paling terkenal kerana pesta muzik tahunannya yang menarik minat pencinta muzik dari seluruh dunia. Wolfgang Amadeus Mozart, salah seorang penggubah yang teragung di dunia lahir di Salzburg. Salzburg ialah ibu provinsi Salzburg. | UMUM | |
AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA) | Automobile Association (AA) di Britain ialah pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini umumnya adalah untuk melindungi dan meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang, maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan sebuah buku panduan percuma. AA mengatur insurans motor dan lain-lain, dan merupakan penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan, panduan dan peta. | UMUM | |
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN | Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang untuk membantu orang lain dan mempelajari pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan Pandu Puteri (The Guide Association). | UMUM | |
PERUBAHAN SOSIAL | Perubahan sosial bermaksud sebarang perubahan besar dalam struktur sebuah masyarakat. Perubahan jangka pendek, seperti perubahan dalam kadar pengangguran, tidak akan mengakibatkan perubahan sosial. Begitu juga halnya dengan kegemaran dan minat baru yang sementara, fesyen, dan perubahan sementara dalam perkembangan idea dan tingkah laku tidak dianggap sebagai perubahan sosial. Perlantikan sebuah kerajaan baru juga bukan merupakan satu perubahan sosial. Walau bagaimanapun, menggantikan sebuah kerajaan yang dilantik dengan sebuah kerajaan yang berbentuk kediktatoran akan mengubah struktur kerajaan tersebut, dan dengan ini merupakan satu perubahan sosial. Kebanyakan ahli sosiologi mengiktiraf empat jenis perubahan sosial. | UMUM | |
|
|