Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam, amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam. Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik menyambungkan meter kepada talian yang membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat berdasarkan bacaan ini. |