Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALISUM WANGI | Alisum wangi ialah tumbuhan rendah yang merebak yang mempunyai gugusan bunga kecil. Ia ialah tumbuhan talian lasak yang boleh disemai pada awal musim bunga. Ia biasanya berbunga dalam masa enam minggu selepas ditanam. | UMUM | |
PERANG TUJUH TAHUN | Perang Tujuh Tahun (17561763) melibatkan hampir setiap negara di Eropah dan merebak hingga ke Amerika dan India. Di Amerika, perang ini dikenali sebagai Perang India dan Perancis. Di Eropah , Prussia dan Austria berperang sesama sendiri untuk menguasai Jerman. Great Britain membantu Prussia dan Perancis pula membantu Austria . Britain berperang dengan Perancis untuk menguasai laut dan wilayah di Amerika Utara. Akibat Perang Tujuh Tahun tersebut, Perancis kehilangan empayar Amerika Utaranya kepada Britain . | UMUM | |
DEMAM SELESEMA | Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang merebak dengan amat meluas dan sangat lazim dihidapi. | UMUM | |
RENAISSANCE | Renaissance ialah gerakan kebudayaan yang besar yang bermula di Itali pada awal tahun 1300- an. Ia merebak ke England, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol dan negara-negara lain pada akhir tahun 1400-an dan berakhir pada kira-kira tahun 1600. | UMUM | |
KEKABUH KAPAS | Kekabuh kapas ialah kumbang kecil yang memakan bahagian dalam lenggai biji kapas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman kapas. Berasal dari Mexico dan Amerika Tengah, kekabuh kapas merebak ke utara hingga ke Texas, Amerika Syarikat, kira-kira pada tahun 1890. Sejak itu, ia telah merebak ke kebanyakan kawasan tanaman kapas di Amerika Syarikat. | UMUM | |
KAUM HIPI | Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri. | UMUM | |
SKISTOSOMIASIS | Skistosomiasis ialah nama sejenis penyakit yang ada kalanya membawa maut, disebabkan tiga spesies cacing parasit iaitu skistosomiasis. Skistosomiasis merebak di seluruh dunia dan dihidapi oleh lebih 200 juta orang di Afrika, Asia, Amerika Selatan, dan beberapa Kepulauan Caribbean. Penyakit ini juga dikenali sebagai bilharziasis sebagai menghargai seorang doktor Jerman, Theodor Bilharz yang mengenal pasti penyakit ini pada tahun 1851. | UMUM | |
NEURALGIA | Neuralgia ialah rasa sakit teruk yang berlaku di bahagian saraf. Punca kesakitan ini tidak diketahui. Kesakitan mungkin terhad pada satu bahagian saraf sahaja, atau boleh merebak ke cabang saraf yang lain. Ia boleh berlaku dengan rasa sakit seperti dicucuk berulang kali di gigi, sinus, mata, muka, lidah, atau kerongkong. | UMUM | |
DIVERTIKULITIS | Divertikulitis ialah penyakit biasa pada kolon (usus besar). Antara gejalanya termasuk rasa sakit di bahagian bawah kiri abdomen dan demam. Penyakit ini terjadi daripada divertikulosis, iaitu gangguan yang merebak dalam kalangan orang pertengahan umur dan orang tua di negara maju. | UMUM | |
DEMAM SKARLET | Demam skarlet ialah penyakit berjangkit yang menyerang kanak-kanak terutamanya. Demam ini dinamakan demikian kerana ruam merah terang yang terjadi akibat penyakit ini. Demam skarlet pernah menjadi penyakit yang serius dan merebak. | UMUM | |