Suleiman I (14941566), menjadi terkenal di dunia Barat sebagai The Magnificent tetapi di kalangan rakyatnya sendiri sebagai The Lawgiver. Baginda adalah pemerintah ke-10 Empayar Uthmaniyyah. Baginda mengetuai bala tenteranya menyerang Hungary, dan menyerang kubu Vienna. Di Asia, tenteranya menyerang Parsi (Iran), dan menawan Tabriz dan Baghdad. Angkatan laut Suleiman menguasai Laut Mediterranean, Laut Merah dan Teluk Parsi. Kelasi-kelasinya menguasai Afrika Utara dan menyerang pantai Sepanyol, Perancis, dan Itali. Suleiman menawan pulau Rhodes daripada Kesateria Saint John. Baginda menyemak semula sistem perundangan Empayar Uthmaniyyah. Baginda bergaduh dengan beberapa orang anaknya dan menghukum bunuh dua daripadanya. |