Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SELEMPANG MERAH | SELEMPANG MERAH, kumpulan bersenjata orang Melayu di Batu Pahat, Johor. Kumpulan ini juga dikenal sebagai Tentera Sabil Selempang Merah dan ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Kumpulan ini ditubuhkan oleh Haji Salleh bin Abd. Karim yang lebih dikenali di kalangan pengikutnya sebagai Panglima Salleh atau Kiai Salleh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA | GERAKAN MENENTANG BINTANG TIGA, gerakan menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutunya Bintang Tiga. Apabila tentera Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, tentera British belum tiba di Tanah Melayu. PKM menerusi pasukan Bintang Tiga, mengambil alih pentadbiran daripada tentera Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MANSUR SAMIN | MANSUR SAMIN (1930 - ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak. | SASTERA | Tokoh |
LAPORAN BIRU | LAPORAN BIRU, laporan tentang pentadbiran Brooke. Laporan Biru atau Blue Report bersifat komprehensif dan kritis dan disediakan oleh Captain Cyril Drummond Le Gros Clark, pegawai kanan Brooke, pada tahun 1934. Laporan ini siap dan diterbitkan pada tahun 1935. Le Gros Clark bertugas sebagai Setiausaha Hal Ehwal Cina dari tahun 1929 hingga tahun 1941. Pada tahun 1941, dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Setiausaha Negeri. Dia ditawan oleh pihak Jepun semasa perang Dunia Kedua, dan dibunuh oleh Jepun di Keningau, Sabah, sebelum pihak Jepun menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA | PENDUDUKAN JEPUN DI NUSANTARA, pemerintahan Jepun di Nusantara semasa Perang Dunia Kedua. Penaklukan Jepun di Nusantara bermula dengan serangan ke atas Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. hingga 15 Februari 1942, tentera Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu, Singapura, Brunei serta sebahagian Sumatera. Pada 9 Mac 1942, seluruh Indonesia ditakluki setelah Belanda menyerah kalah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA | DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, Zaman Jepun adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua Corat-coret di Bawah Tanah ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi Kisah Sebuah Celana Pendek dan Surabaya dan Jalan Lain ke Roma, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak. | SASTERA | Karya |
KARAENG BONTOMARANNU | KARAENG BONTOMARANNU ( ? -1667), dilantik sebagai raja di Bone yang ditakluk oleh Makasar pada tahun 1644. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Semasa Sultan Hasanuddin memerintah Makasar (1653-1669), Karaeng Bontomarannu dilantik sebagai Tumabicara-butta, satu jawatan yang sama tarafnya dengan Bendahara. Semasa Bugis menyerang Makasar pada tahun 1667, Karaeng Bontomarannu memimpin angkatan Makasar menyerang Butung pada bulan November 1666. Karaeng Bontomarannu menyerah diri setelah kalah kepada Cornelis Speelman (komander tentera Syarikat Hindia Timur Belanda), pada tahun 1667. Spellman dan Karaeng Bontomarannu kemudiannya bersahabat lalu dia dibebaskan. Dia kemudian mengambil kesempatan melarikan diri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
|