Mesin basuh ialah alat membasuh pakaian, linen, dan barangan lain dengan cepat. Sebelum mesin basuh dicipta, manusia menghabiskan masa berjam-jam membasuh pakaian dengan tangan. Sesetengah orang merendam pakaian mereka di dalam sungai dan kemudian memukulnya dengan batu untuk mengeluarkan kotoran. Kemudian, orang menyental basuhan mereka di atas papan basuhan. Sesetengah orang masih lagi menggunakan kaedah tersebut sehingga ke hari ini. |