Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DISFEMISME | penggunaan kata atau frasa yang tidak sopan, tidak menyenangkan, mengaibkan atau menyinggung perasaan untuk menggantikan kata atau frasa yang dianggap sopan atau menyenangkan. | BAHASA | Konsep |
RIBUT | Ribut biasanya merujuk kepada keadaan cuaca yang tidak menyenangkan atau merosakkan yang terdiri daripada hujan, salji, kerpasan sangat sejuk, hujan batu, angin kencang atau gabungan kesemuanya. Ribut adalah siklon atmosfera iaitu, kawasan tekanan rendah di keliling angin yang berpilin ke dalam. | UMUM | |
MUZIK | Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang menyenangkan ataupun menarik. Muzik menjadi bahagian penting dalam banyak kegiatan kebudayaan dan sosial. Manusia menggunakan muzik untuk menyatakan perasaan dan idea. Muzik juga digunakan untuk berhibur dan bersantai. | UMUM | |
DEODORAN | Deodoran ialah barangan pengguna atau sejenis bahan yang dibuat untuk mengurang, menghalang atau menutup bau badan yang kurang menyenangkan. Kebanyakan bau badan disebabkan oleh tindak balas bakteria dengan peluh dan rembesan di atas permukaan kulit. Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Deodoran biasanya mempunyai bahan kimia yang boleh menghentikan tindakan pembiakan bakteria. | UMUM | |
EMOSI | Emosi selalu dikatakan sebagai perasaan tentang sesuatu atau reaksi sesuatu kejadian atau pemikiran. Ada emosi yang menyeronokkan dan ada emosi yang tidak menyenangkan. | UMUM | |
KLORIN | Klorin ialah gas beracun, berwarna hijau kekuningan dengan bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Klorin menyebabkan kerengsaan kepada hidung, kerongkong dan paru-paru. Namun demikian, apabila digabungkan dengan logam natrium, klorin menjadi natrium klorida, atau garam biasa. | UMUM | |
AKUATIN | Akuatin ialah kaedah menggores plat tembaga. Dalam akuatin, plat diusahakan dalam bentuk bongkah, yang biasanya digabungkan dengan garisan. Akuatin menghasilkan tekstur yang menyenangkan, berlorek dan berbutir-butir. | UMUM | |
SWIFT, JONATHAN | Swift, Jonathan (16671745) ialah pengarang Inggeris yang menulis Gullivers Travels (1726), sebuah mahakarya kesusasteraan komedi. Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat melucukan dan menyenangkan. Swift memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang menjadi wira di Ireland Roman Katolik. | UMUM | |
SELYE, HANS | Selye, Hans (19071982) ialah ahli sains Kanada yang menjadi terkenal kerana konsepnya tentang ketegangan terhadap badan yang dikenali sebagai stres. Kajiannya mengenai kelenjar endokrin membantunya menemui kefahaman baru tentang alam semula jadi dan kesan penyakit dan reaksi badan terhadap masalah atau peristiwa dalam kehidupan seseorang. Penyelidikan perubatannya menunjukkan apa yang boleh dilakukan untuk menyesuaikan badan dengan banyak jenis keadaan yang tidak menyenangkan. Selye lahir di Vienna, Austria. Dia menghabiskan kebanyakan kerjaya profesionalnya di University of Montreal, Kanada. Pada tahun 1976, dia menubuhkan International Institute of Stress. | UMUM | |
MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyenangkan |
|
|