Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MEROKOK | Merokok ialah proses menyedut asap tembakau daripada rokok, cerut atau paip ke dalam mulut dan biasanya ke dalam paru-paru juga, sebelum menghembusnya keluar. Istilah ini biasanya merujuk kepada tabiat menghisap rokok, iaitu cara merokok yang paling biasa. | UMUM | |
RACUN | Racun ialah sebarang bahan yang boleh membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut toksin. | UMUM | |
METANOL | Metanol ialah sejenis alkohol yang digunakan untuk banyak tujuan perindustrian. Ia juga dinamakan metil alkohol atau alkohol kayu. Metanol ialah sebatian organik yang jernih, tidak berwarna, ia mudah terbakar dan sangat beracun. Meminum atau menyedut wasapnya untuk tempoh yang lama, boleh menyebabkan buta atau kematian. Ia juga berbahaya kepada kulit. | UMUM | |
PARU-PARU PERANG | Paru-paru perang ialah penyakit paru-paru yang menjejaskan banyak pekerja di kilang kain kapas. Penyakit ini juga dikenali sebagai bisinosis, berpunca daripada menyedut habuk kapas yang memasuki udara semasa pemprosesan. | UMUM | |
PARU-PARU HITAM | Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali sebagai pneumokoniosis pelombong arang, disebabkan pelombong menyedut habuk arang pada jangka masa yang lama. | UMUM | |
KAPAL KOREK | Kapal Korek, ialah jentera terapung di permukaan air yang direka untuk menyedut bahan di dasar air sama ada untuk mendapatkan bijih, pasir atau untuk mendalamkan sungai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
KOLONIALISME | KOLONIALISME ialah sebuah sistem yang satu masyarakat atau negara (kuasa penjajah) mengawal rakyat dan sumber sesuatu tempat yang lain, koloni. Lazimnya, koloni terletak di seberang laut dan jauh daripada kuasa penjajah. Oleh itu, kuasa penjajah akan menghantar rakyat negaranya untuk menetap di koloni itu untuk mentadbir, dan seterusnya menyedut perlahan-lahan segala sumber kekayaan yang ada. | UMUM | |
|
|