Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai pendukung keadilan dan tauhid. Mereka dikenali dengan gelaran al-Muktazilah, al-Qadariyyah dan al-Adliyyah. Qadariyyah, al-., kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai pendukung keadilan dan tauhid. Mereka dikenali dengan gelaran al-Muktazilah, al-Qadariyyah dan al-Adliyyah. Pengikut aliran ini berpendirian bahawa manusia mempunyai kemampuan yang terbatas untuk memilih perbuatannya, berdasarkan kepada firman Allah Taala yang bermaksud: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebaikan untuk dijalaninya dan jalan kejahatan untuk dijauhinya). (Surah al-Balad 90:10 ) |