JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA | JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (Malaysian Solidarity Consultative Committee), badan perancangan untuk tindakan penubuhan Malaysia. Badan ini ditubuhkan pada 21 Ogos 1961 di Jesselton, Sabah, sebagai satu cawangan kepada Persatuan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Association). Jawatankuasa ini ditubuhkan berikutan pengumuman Perdana Mentari Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, mengenai satu kerjasama politik dan ekonomi antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |