Tasik Te Anau ialah tasik yang terbesar di Pulau Selatan New Zealand. Tasik ini luasnya 344 kilometer persegi dan panjangnya melebihi 64 kilometer. Ia mempunyai tiga buah terusan yang panjang yang menganjur ke luar ke arah pergunungan di bahagian barat. Kebanyakan puncak gunung di sekeliling tasik ini menjulang hingga melebihi 1800 meter di atas aras laut. Te Anau, sebuah bandar kecil di hujung selatan tasik ini, merupakan tempat percutian yang popular. Antara tarikannya ialah perjalanan dengan bot di Tasik Te Anau. Tasik ini juga merupakan tempat permulaan Milford Track, iaitu lorong pejalan kaki yang mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke Milford Sound. Untuk lokasi, lihat New Zealand (peta rupa bumi). |