Pulau Macquire terletak di bahagian selatan Lautan Pasifik, kira-kira 1500 kilometer di tenggara Tasmania. Pulau ini berukuran 34 kilometer panjang dan hanya tiga kilometer lebar. Ia mempunyai penara yang meninggi secara mendadak sehingga 300 meter dari aras laut. Pada tahun 1911, penjelajah kutub, Doughlas Mawsan telah membina sebuah stesen Radio di pulau ini untuk ekspedisi Antartiknya. Ekspedisi Penyelidikan Antartik Nasional Australia (The Australian National Antarctic Research Expedition (ANARE) mengekalkan stesen yang telah dibina di kawasan tersebut. |