Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
SIKHISME | Sikhisme ialah salah satu agama di India. Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran 10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh, Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14 juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian besar daripada mereka tinggal di bahagian utara Punjab. | UMUM | |
MAGNA CARTA | Magna Carta ialah dokumen yang menandakan langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad- abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana banyak negara demokrasi mengikuti perundangan Inggeris dalam membentuk kerajaan masing- masing. | UMUM | |
MUSLIM BURMAT | MUSLIM BURMAT (1943- ), penulis negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 15 April 1943, di Kampung Kiarong, Brunei Darussalam. Muslim pernah menggunakan nama pena Kalam Musba pada tahun 1960-an. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris di Brunei Darussalam. Pada tahun 1968, dia berpeluang mengikuti kursus setahun di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Dari tahun 1971 hingga tahun 1972, dia mengikuti Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education, University of London. | SASTERA | Tokoh |
LINUS SURYADI AG. | LINUS SURYADI AG. (1951 ), penyair Indonesia. Dia lahir pada 3 Mac 1951 di Indonesia. Nama sebenarnya ialah Linus Suryadi Agustinus. Dia mendapat pendidikan Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama di Sleman dan Sekolah Menengah Atas di BOPKRI I di Yogyakarta (1970). Dia pernah mengikuti latihan polis, mempelajari bahasa Inggeris di Akademi Bahasa Asing di Yogyakarta dan memasuki Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikan (IKIP) Sanata Dharma Yogyakarta, namun semuanya tidak tamat. Pada tahun 1982, Linus mengikuti International Writing Program di Iowa, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
NH. DINI | NH.DINI (1939 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 Februari 1936) di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Nurhayati Sri Hardini. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Atas (SMA) dalam jurusan sastera di Semarang pada tahun 1956. Dia juga pernah mengikuti kursus jurusan Sejarah pada tahun 1957. Setelah mengikuti kursus pramugari Garuda Indonesia Airline (GIA), dia bekerja sebagai pramugari darat di Lapangan Terbang Kemayoran, Jakarta dari tahun 1957 hingga tahun 1960. | SASTERA | Tokoh |
NGUMBA | NGUMBA (1918 1982), penyair dan ahli politik. Dia lahir pada 15 Oktober 1918 di Mersing, Johor. Nama sebenarnya ialah Embong bin Yahya. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Mersing sebelum mengikuti kursus penguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak dari tahun 1937 hingga tahun 1940. Selepas tamat belajar dia bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Air Molek, Melaka. Dia terus berkhidmat sebagai guru pada masa pendudukan Jepun hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dia mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor. | SASTERA | Tokoh |
SYEIKH AHMAD AL-FATANI | Syeikh Ahmad al-Fatani (18561908) ialah ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib. Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima pendidikan khas dalam bidang ini. | UMUM | |
SURAH AL-SYURA | Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 53 ayat. Namanya diambil bersempena dengan kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran Islam dan kaum muslimin digesa agar mengikuti metodologi syura dalam mengatur urusan hidup mereka. | UMUM | |
KHALIL IBRAHIM | KHALIL IBRAHIM (1934- ), pelukis. Dia lahir di Kubang Krian, Kelantan. Khalil pada mulanya mengikuti program diploma lepasan siswazah dalam bidang seni lukis di St. Martins School of Art, London dari tahun 1960 hingga tahun 1956. Pada tahun 1968, dia memperoleh Sijil Pendidikan dari Universiti Malaya. | BUDAYA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| ikut | | Kata Terbitan : ikut-ikut, ikut-ikutan, berikut, berikut-ikut, berikutan, mengikut, mengikut-ikut, mengikuti, terikut-ikut, pengikut, |
|
|