Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MICHELANGELO | Michelangelo (14751564) ialah salah seorang daripada pelukis yang paling terkenal dalam sejarah. Dia mempunyai minat yang mendalam khususnya dalam bidang ciptaan patung marmar yang besar, tetapi daya usaha kreatifnya yang tidak berkesudahan itu juga telah menyebabkan Michelangelo menjadi seorang pelukis, arkitek dan penyair yang unggul. Dia juga seorang daripada yang paling terkenal pada zamannya, di samping pemimpin Renaissance Itali yang hebat, satu tempoh kelahiran semula minat dalam seni lukis dan pembelajaran tentang Yunani dan Rom purba. | UMUM | |
THOMPSON, FRANCIS | Thompson, Francis (18591907) ialah penyair Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi yang menggambarkan kepercayaannya yang mendalam terhadap Roman Katolik. The Hound of Heaven (1893) ialah karyanya yang paling terkenal. Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang terawang-awang. | UMUM | |
LESSING, DORIS | Lessing, Doris (1919 ), penulis wanita Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya cerekanya memaparkan penekanan yang begitu mendalam terhadap moral, politik dan sikap psikologi dan juga peranan wanita pada zaman moden. | UMUM | |
REYNOLDS, SIR JOSHUA | Reynolds, Sir Joshua (17231792), pelukis potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754), William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai Discourses yang menekankan kepentingan kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan latihan akademik yang tegar. | UMUM | |
SEKS | Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan dan keinginan yang mendalam. Melalui seks, lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain, jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak. Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke generasi, melalui pembiakan seks. Walau bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang semula jadi dan penting terhadap kehidupan mereka. | UMUM | |
PUISI | Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran, dan perasaan dalam cara yang istimewa. | UMUM | |
OPERA | Opera ialah drama yang pelakonnya menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik. Opera berkemungkinan merupakan yang paling kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali balet atau beberapa bentuk tarian yang lain. | UMUM | |
STANISLAVSKI, KONSTANTIN | Stanislavski, Konstantin (18631938) ialah nama pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak sebenar dikenali sebagai pendekatan Stanislavski. | UMUM | |
TANDA SERU | Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan emosi yang kuat. | UMUM | |
NAMIER, SIR LEWIS | Namier, Sir Lewis (18881960) merupakan salah seorang ahli sejarah yang paling berpengaruh pada zamannya. Bukunya, The Structure of Politics at the Accession of George 111 (1929), menunjukkan pengetahuannya yang mendalam tentang sejarah politik British pada zaman pemerintahan George. Hasilnya yang penting tentang sejarah zaman George juga termasuklah Crossroads of Power (1982), iaitu himpunan 20 hasil ceramahnya. Hasil karyanya yang lain termasuk In the Margin of History (1939), Conflicts (1942), Avenues of History (1952), In the Nazi Era (1952), Personalities and Powers (1955), dan Vanished Supremacies (1958). Namier lahir di Rusia. Dia menuntut di Oxford University. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendalam |
|
|