Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju dari pokok ke pokok. |