Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALVARADO, PEDRO DE | Alvarado (14851541), membantu Hernando Cortes mengalahkan orang Aztek di Mexico dan menawan Guatemala. Dia lahir di Badajoz. Alvarado pergi ke Hindia Barat pada tahun 1510. Pada tahun 1518, dia menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Juan de Grijalva ke Mexico selatan. Alvarado bersama-sama Cortes pergi ke Mexico pada tahun 1519. Selepas menawan Mexico pada tahun 1521, Cortes menghantar Alvarado untuk menawan Guatemala. Alvarado berjaya menawan Guatemala pada tahun 1524 dengan bantuan perikatan Orang Asli Amerika. Pada tahun 1525, dia menawan El Salvador untuk Sepanyol dan mengasaskan pembinaan ibu negaranya, San Salvador. Dia menjadi Gabenor Guatemala dan kemudiaan Gabenor Honduras. | UMUM | |
ROOKE, SIR GEORGE | Rooke, Sir George (16501709), laksamana Inggeris, panglima besar armada dalam angkatan laut yang menawan Gibraltar pada tahun 1704. Beberapa hari kemudian, dia ditentang oleh armada Perancis yang lebih besar di luar pantai Gibraltar. Pertempuran itu tidak memberi sebarang keputusan. Selepas pertempuran itu, Perancis tidak lagi membuat sebarang percubaan untuk menawan Gibraltar. | UMUM | |
SARKAS | Sarkas ialah pertunjukan aneka ragam yang menonjolkan aksi berani dan menawan oleh artis trapez, akrobatik, penunggang kuda, pelatih haiwan, dan penghibur lain. Haiwan terlatih memainkan peranan penting dalam kebanyakan sarkas. Badut yang memakai pakaian lucu menyediakan komedi untuk mengisi pertunjukan sementara kumpulan pancaragam dan penghibur dengan pakaian bergemerlapan menambahkan lagi warna-warni dan keseronokan. | UMUM | |
PERTEMPURAN BALAKLAVA | Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober 1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki, dan British telah menawan Balaklava dengan mudah dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia menghantar bala tentera yang besar dari Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13 kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua- dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang Krimea. | UMUM | |
KONKUISTADOR | Konkuistador ialah orang Sepanyol yang menawan Orang Asli Amerika di Amerika Latin, terutama pada pertengahan pertama tahun 1500- an. | UMUM | |
ALARIC | Alaric (370 M. 410 M.) ialah raja kaum Visigoth. Dia menyerang Itali dan menawan Rom pada awal tahun 400-an M. | UMUM | |
NARVÁEZ, PÁNFILO DE | Narváez, Pánfilo de (1478?1528) ialah tentera Sepanyol, penjelajah dan penentang Orang Asli Amerika. Dia membantu menawan Cuba pada tahun 1511, dan kehilangan sebelah matanya ketika cuba menangkap Hernando Cortes di Mexico pada tahun 1521. Maharaja Rom Holy, Charles V, menganugerahinya sebidang tanah yang masih belum diterokai di Florida pada tahun 1526, dan dia mengetuai ekspedisi ke sana pada tahun 1528. | UMUM | |
PERTEMPURAN PHARSALUS | Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang. Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu melebihi seramai 40 000 orang. | UMUM | |
EMDEN | Emden ialah nama sebuah kapal Jerman yang ditempatkan di Laut China dan Lautan Hindi sewaktu Perang Dunia I. Ia menenggelamkan atau menawan 22 buah kapal dagang, menyerang pelabuhan Pulau Pinang dan meletupkan sebuah stesen minyak di Madras. | UMUM | |
SARGON OF AKKAD | Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun 2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih daripada 60 tahun. | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang.
Lihat selanjutnya... |
|