Asraf (19271999), ahli bahasa dan penulis. Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa. Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 yang bertajuk Penyatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dan dua buah kertas kerjanya yang bertajuk Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi dan Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan, telah dijadikan pegangan dalam mengasaskan ejaan baru dan sebutan baku bahasa Melayu. |