Sungai Snake ialah cawangan (cabang) utama Sungai Columbia di Amerika Syarikat. Ia berpunca di Wyoming berhampiran Continental Divide di Taman Negara Yellowstone. Sungai ini kemudiannya mengalir ke selatan melalui Taman Negara Grand Teton. Ia kemudian membelok ke barat dan mengalir merentasi Dataran Sungai Snake di selatan Idaho. Projek pengairan, empangan, dan air terjun membekalkan air untuk kuasa serta pengairan. |