Sungai ialah kumpulan air yang banyak, yang mengalir di atas bumi dalam bentuk terusan yang panjang. Kebanyakan sungai bersumber dari gunung atau bukit. Hulu sungai mungkin terjadi daripada padang salji atau glasier yang mencair, mata air, atau tasik yang airnya melimpah. Ketika sungai mengalir, sungai itu menerima lebih banyak air daripada anak sungai dan sungai lain, serta daripada air hujan. Di hujung sungai ialah muara, tempat air sungai mengalir masuk ke sungai yang lebih besar, tasik, atau lautan. |