Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RABUN DEKAT | Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan yang menyebabkan seseorang dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat melihat objek yang dekat dengan jelas. Para doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia . Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata seseorang itu terlampau pendek dari depan ke belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum sampai ke fokus. | UMUM | |
STEREOSKOP | Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak sepertimana mata kita melihat benda. Walau bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak jauh daripada satu sama lain boleh bertindak seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil gambar objek yang sama pada waktu yang sama. Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu yang menggunakan stereoskop boleh melihat sekeliling semua benda. | UMUM | |
BUTA | Buta ialah ketidakupayaan untuk melihat sepenuhnya atau separa. | UMUM | |
KALEIDOSKOP | Kaleidoskop ialah tiub kecil yang membolehkan kita melihat warna dan corak yang cantik. | UMUM | |
PERATUSAN | Peratusan merujuk kepada pengiraan yang melibatkan perseratus. Anda tentu biasa melihat nombor-nombor seperti 2%, 30% dan 75%. Simbol % tersebut bermakna peratus. Anda juga mungkin terbaca 2 peratus, 30 peratus, 75 peratus, dan sebagainya. Peratus bermakna per seratus. 2% bermakna 2 per seratus, 30% bermakna 30 per seratus, dan 75% bermakna 75 per seratus. Peratus sebenarnya ialah pecahan biasa : 2% ialah 2/100, 30% ialah 30/100, dan 75% ialah 75/100 . Peratus juga ialah pecahan perpuluhan : 2% bersamaan 0.02, 30% bersamaan 0.30, dan 75% bersamaan 0.75. | UMUM | |
SYAHID | Ialah kata nama yang berasal daripada kata dasar bahasa Arab shahida yang bermaksud menyaksi, melihat, dan mengiktiraf. | AGAMA | Konsep |
ANABLEP | Anablep, juga dikenali sebagai ikan bermata empat, ialah ikan tropika kecil Amerika yang berenang di permukaan air. Matanya mencari arah perjalanan di dalam air. Sebahagian atas matanya boleh melihat menembusi air. Bahagian bawah matanya, yang berbeza strukturnya, boleh melihat di bawah air. | UMUM | |
PAMERAN | Pameran ialah acara yang diadakan untuk memperagakan atau melihat barang pameran atau untuk rekreasi. | UMUM | |
PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai lautan rumput. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
SISTEM PERANGKAAN | Sistem perangkaan ialah cara mengira dan menamakan nombor. Ia juga dikenali sebagai sistem angka. Kita tidak boleh melihat atau memegang nombor, kerana ia adalah idea. Tetapi kita boleh menggunakan simbol untuk mewakili nombor. Simbol ini dikenali sebagai angka. Berikut ialah empat angka yang mewakili nombor dalam setengah dozen: 6, enam, VI, dan llll l . | UMUM | |
|
Puisi |
---|
|
Kalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 68 Never buy a pig in a poke Jangan membeli sesuatu tanpa melihatnya atau memeriksanya terlebih dahulu. Membeli kucing dalam karung "Remember the saying, never buy a pig in a pok. You should have at least looked at the thing first before buying. I don't want you to be cheated," advised Mamat to his brother before he went off to buy a bundle of old shirts to be sold later at the nig "Ingatlah peribahasa, membeli kucing dalam karung. Kamu sekurang-kurangnya kena melihat barang itu dahulu sebelum membeli.Abang tak mahu awak ditipu,"nasihat Mamat kepada adiknya sebelum dia pergi membeli sekarung baju terpakai untuk dijual di pasar malam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|