Sungai Orinoco ialah sungai di Amerika Selatan yang panjangnya 2066 kilometer. Ia diketahui mempunyai dua punca, kedua-duanya di tanah tinggi Parima di Venezuela, berdekatan dengan sempadan Brazil. Ia mengalir ke barat daya memasuki Colombia dan membentuk sempadan antara Colombia dengan Venezuela. Kemudian ia melencong ke arah timur. Kira-kira 180 kilometer sebelum sampai ke pantai, ia terbahagi kepada banyak saluran. Untuk lokasinya, lihat Venezuela (peta muka bumi). |