Kembar siam yang dikenali juga sebagai kembar melekat ialah kembar yang bersambung pada bahagian tertentu di tubuh mereka. Kembar seperti ini biasanya bersambung pada pinggul, dada, abdomen, punggung, atau kepala. Ada juga yang berkongsi organ dalaman seperti jantung atau hati. Kembar siam ialah kembar seiras, iaitu pasangan yang mempunyai sifat genetik yang sama. Kembar siam berlaku kira-kira satu dalam 50 000 kelahiran. Hanya kira-kira 500 kes sahaja yang dilaporkan di seluruh dunia walaupun jumlah yang sebenarnya mungkin lebih daripada itu. |