Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan, pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali, berhampiran dengan jalan tembus melalui pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali [peta politik]). Ramai pelancong yang melawat Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy, salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini dalam bahasa Itali ialah Milano. |