Telipuk, juga dinamakan lili kolam, ialah nama yang popular bagi pelbagai tumbuhan air yang cantik, yang tumbuh dalam iklim sederhana dan panas. Telipuk mempunyai tangkai daun dan bunga yang panjang, kuat yang tumbuh dari dasar berlumpur dalam air yang cetek, jernih. Daunnya yang hijau, sempit hingga bulat biasanya kelihatan terapung di atas permukaan air tetapi boleh juga terbenam dalam air. Telipuk biasanya timbul di atas permukaan air pada tangkai yang panjang. Telipuk berbunga putih adalah yang paling biasa didapati. Bunganya mungkin 30 sentimeter lebarnya. Sesetengah telipuk mekar pada waktu siang manakala yang lain pula mekar pada waktu malam. Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang dan hutan). Pengelasan saintifik. Telipuk tergolong dalam famili telipuk, Nymphaeaceae. Telipuk putih ialah Nymphaea alba. |