Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAYU MANIS | Kayu manis ialah rempah popular yang digunakan dalam masakan dan untuk memperasa gula-gula dan jeruk. Ia diperoleh daripada bahagian dalam kulit pokok kayu manis. | UMUM | |
SERAI | Serai ialah sejenis tumbuhan rumput berumpun dan berakar besar, serta berbau wangi. Tumbuhan ini terkenal sebagai bahan perasa dan pewangi bagi kebanyakan masakan Melayu tradisional, juga sebagai bahan perubatan. | UMUM | |
SAGE | Sage ialah nama lebih daripada 750 spesies dan pokok renek. Sage biasa, juga dinamakan sage taman, terkenal kerana baunya yang kuat dan daun serta batangnya yang pahit. Ia adalah herba yang penting dalam masakan. | UMUM | |
TAIM | Taim ialah nama sekumpulan pudina rimbun, berbau harum yang berasal dari kawasan Mediterranean. Orang Yunani purba menggunakan taim sebagai dupa di kuil. Taim mempunyai rasa pahit yang menjadikannya perisa yang popular dalam masakan daging dan sos. Thymol, iaitu ubat antiseptik, dibuat daripada minyak yang diekstrak daripada taim. Ubat ini digunakan dalam cecair pencuci mulut dan ubat batuk. | UMUM | |
OPOR | OPOR, masakan daging berempah yang popular di kalangan masyarakat Jawa. Masakan ini amat terkenal di negeri Johor. Ada tiga jenis opor iaitu yang berwarna kehitaman, kekuningan dan kemerahan. | BUDAYA | Makanan |
SAGU | Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah yang mampung atau empulur, daripada pelbagai pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan masakan komersial. Tepung sagu digunakan kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan utama orang Hindia Timur. | UMUM | |
SINGGANG | SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah. Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung. Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk. Singgang juga disebut sebagai pindang. | BUDAYA | Makanan |
SAFRON | Safron ialah pewarna kuning terang dan perisa makanan. Ia dihasilkan dengan mengeringkan stigma dan sebahagian daripada stail krokus ungu musim luruh yang dikenali secara saintifik sebagai Crocus Satirus (lihat Krokus ). (Stigma dan stail adalah bahagian bunga yang mengandungi biji). Lebih kurang 4000 bunga menghasilkan kira-kira 28 gram safron komersial. Safron mempunyai bau yang harum, tetapi rasa yang pahit. Ia digunakan dalam masakan dan untuk memperisa dan mewarnakan gula-gula. Penduduk di Eropah dan India menggunakannya untuk memperasa pelbagai makanan. | UMUM | |
PANDAN | PANDAN (pandanus spp.), sejenis tumbuhan yang daunnya berbau wangi dan berduri. Pandan yang dikenali oleh masyarakat tempatan ialah pandan wangi, yang digunakan dalam masakan. Pandan wangi adalah sejenis tumbuhan yang ditanam. Daunnya berwarna hijau pekat. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
SERUNDING | SERUNDING, makanan yang diperbuat daripada kelapa bercampur daging atau ikan yang dimasak bersama-sama rempah. Masakan ini halus, kering dan berderai. Bahan utama untuk membuat serunding ialah kelapa yang diparut halus. Kelapa ini dimasak bersama-sama daging yang telah disiat-siat atau bahan-bahan campuran lain serta rempah-rempat seperti ketumbar, jintan, bawang, cili kering, lengkuas, serai dan halia. Bahan-bahan ini dimasak selama tiga atau empat jam sehingga betul-betul kering. | BUDAYA | Makanan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata masakan. |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat?
Lihat selanjutnya... |
|