Perang Nahawand berlaku pada tahun 16 H./ 637 M. semasa pemerintahan Khalifah Umar al- Khattab r.a. Bangsa Parsi mengundur diri dari al- Madain, ibu kota yang dibuka oleh orang Islam pada tahun 16 H./637 M., dan melarikan diri ke Halwan. Dari sana, mereka mula mengumpulkan pasukan tentera untuk mara ke al-Madain. Panglima tentera Islam, Saad ibn Abi Waqqas mengutuskan satu pasukan tentera di bawah pimpinan anak saudaranya, Hashim ibn Utbah ibn Abi Waqqas menentang mereka dalam Perang Jalulak pada akhir tahun 16 H./637 M. Pasukan tentera Islam mengalahkan tentera Parsi seperti juga dalam Perang al-Qadisiyyah. Kemudian tentera Islam terus mara dan membuka Halwan dan kemudiannya Qarmisin pada tahun yang sama. Ia merupakan peperangan terbesar yang dikenali sebagai era pembukaan di Nahawand oleh orang Islam. Tentera Parsi di bawah pimpinan al-Firzan dapat dikalahkan dan ini membuka laluan kepada tentera Islam untuk mara ke pelosok jajahan Iran. Sementara itu, Yazdajir panglima tentera Parsi melarikan diri ke Asfahan. |