MANJUNG | MANJUNG, kerajaan lama di Perak pada abad ke-4 M. Sejarah awal negeri Perak, khususnya sejarah kesultanannya, bermula di daerah yang kini dikenal sebagai Manjung. Di daerah inilah telah wujud tiga kerajaan lama iaitu Beruas, Manjung dan Perak. Ketiga-tiga kerajaan ini sentiasa bersengketa kerana merebut monopoli perniagaan bijih timah, hasil utama daerah ini. Manjung juga merupakan tempat mengeksport bijih timah yang dihasilkan dari daerah-daerah lain di sekitarnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
BERUAS | BERUAS, daerah yang terletak antara garis bujur 100 46 T dan garis lintang 427U, di Perak. Sejarah kerajaan tua Melayu Beruas mempunyai kaitan yang rapat dengan dua buah kerajaan tua Melayu yang lain, iaitu kerajaan Gangga Negara dan kerajaan Manjung yang dikatakan berhampiran antara satu sama lain. Daripada kerajaan Beruas bermulanya Kesultanan Perak hingga ke hari ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |