Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SETUL | SETUL, sebahagian daripada Kesultanan Kedah yang dikenal sebagai mukim Setul, dan terletak di Selatan Thailand. Di sebelah utaranya bersempadan dengan Trang, Phatalung dan Songkhla, manakala di selatannya bersempadan dengan Perlis dan kedah. Keluasan Setul dianggarkan 3086 km persegi. Setul juga pernah dikenal sebagai Negeri Setul Mambang Segara. Majoriti penduduknya orang Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu-Thai dan kebanyakannya beragama Islam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
ANDING | ANDING, upacara pengubatan tradisional masyarakat kedayang di Sabah. Terdapat tiga jenis anding yang lazim dilakukan oleh masyarakat Kedayan iaitu anding rimba, anding mambang dan anding biasa. Walaupun gaya persembahan ketiga-tiga anding tidak berbeza, namun peranan dan tujuannya berlainan. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| mambang | | Rujuk :hantu |
|
Puisi |
---|
|
Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan.
Lihat selanjutnya... |
|