Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
API YUNANI | Api Yunani ialah campuran kimia yang menyala dan membakar dengan dahsyat apabila tersentuh air, malahan ia terbakar di dalam air. Orang Yunani Byzantine mula-mula menggunakannya dalam peperangan laut pada 673 M. Komposisinya adalah satu rahsia, tetapi ia mungkin mengandungi sulfur, resin, minyak, gegala, dan sama ada kalsium fosfida atau kapur tohor. Ia kemudian diubah untuk memasukkan nafta, saltpeter , dan turpentin. Menjelang tahun 1200-an, ia mungkin menyerupai serbuk letupan, yang tidak diketahui pada masa itu. | UMUM | |
SATIN | Satin ditenun dengan benang pakan (benang melintang) tidak menyilang benang lungsin (benang memanjang) sekerap tenunan kain jenis lain. Satin tidak mempunyai corak serong yang nyata. Malahan fabrik ini licin dan berkilat. Satin juga merujuk kepada fabrik sutera, nilon, rayon dan kapas dengan tenunan satin. | UMUM | |
SWAMMERDAM, JAN | Swammerdam, Jan (16371680) ialah pakar anatomi dan zoologi Belanda. Dia merupakan perintis bidang ilmu anatomi binatang kecil, terutama anatomi serangga. Pemerhatiannya yang teliti tentang cara kehidupan lebah dan maifli merupakan hasil kerja yang klasik. Malahan usahanya mengklasifikasikan serangga menjadi asas pengkajian ilmu entomologi iaitu ilmu kajian serangga. Selain itu, dia adalah antara orang yang mula-mula membuat pemerhatian tentang fisiologi saraf dan otot. | UMUM | |
RACHMANINOFF, SERGEI VASSILIEVICH | Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873 1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia dan salah seorang pemain piano yang teragung dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia, Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an. Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun 1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden. Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya sendiri yang ghairah dan amat mendalam. | UMUM | |
TE RAUPARAHA | Te Rauparaha (17681849) ialah ketua Maori dan salah seorang pahlawan Maori yang paling agung dan paling kejam antara semua pahlawan Maori yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya lebih daripada mengagumi ketua pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui Te Heu Heu, dan Te Wherowhero. | UMUM | |
MENCIUS | Mencius (390? S.M.305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa. Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin merupakan koleksi ajarannya. | UMUM | |
MELVILLE, HERMAN | Melville, Herman (18191891), salah seorang pengarang utama Amerika. Dia mengarang Moby- Dick , salah sebuah novel agung dalam kesusasteraan, dan reputasi Melville, terletak pada buku ini. Walau bagaimanapun, banyak karyanya yang lain merupakan ciptaan kesusasteraan yang sangat tinggi mutunya berupa campuran fakta, fiksyen, pengembaraan, dan simbolisme halus. Pengalaman peribadi Melville yang luas di tempat yang jauh, sangat istimewa malahan dalam dunia lepas bebas dan juga penjelajahan dunia tahun 1800-an. Melville memasukkan ke dalam pengembaraan yang luar biasa itu, gambaran hidup dan skeptisisme yang penuh falsafah di samping kemahiran yang luar biasadalam menggunakan bahasa Inggeris Amerika. | UMUM | |
AVANT-GARDE | Avant-garde ialah istilah yang digunakan untuk memerikan orang dalam apa jua bidang, yang memecahkan piawaian tradisi dan kelaziman dalam pekerjaan mereka. Istilah ini digunakan terutamanya untuk menerangkan perubahan dalam seni. Seniman avant-garde menekankan eksperimen dan kaedah asli dan menentang cara yang sudah sedia diterima dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka kadangkala mengecam ciri seni yang lampau dan ciri semasa malahan idea seni itu sendiri. Pada awal tahun 1900-an, contohnya, pelukis Perancis, Marcel Duchamp mereka ukiran yang berlainan daripada objek seharian untuk mempersenda kepercayaan bahawa seni ialah sesuatu yang ajaib. | UMUM | |
GANGGA NEGARA | GANGGA NEGARA, kerajaan Melayu kuno di Perak. Kewujudan kerajaan tersebut tercatat dalam sumber Yunani purba, India, China dan Arab-Parsi tetapi sehingga kini amat sedikit, malahan hampir tiada langsung bahan-bahan, bertulis ataupun bukti-bukti arkeologi yang secara pasati dikaitkan dengan kerajaan Gangga Negara. Gangga mungkin mengambil sempena nama Sungai Ganges di India, manakala Negara dalam bahasa Sanskrit bermakna negeri. Gangga Negara bererti negeri di tepi sungai. Namun begitu catatan Ptolemy dalam bukunya, Georaphike Huphegesis, yang ditulis sekitar tahun 150 M, ada menyebut nama Coconagara yang secara fonetiknya seakan-akan perkataan Gangga Negara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MENGEMBARA BERJALAN KAKI | Mengembara berjalan kaki ialah senaman yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir semua lapisan masyarakat daripada pelbagai peringkat umur menggemari sukan ini yang dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun hingga beberapa minggu. Ramai pengembara yang berpengalaman mendapat kepuasan jika pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba, di taman negara atau di hutan. Namun begitu, ramai orang lebih suka mengembara di kawasan taman yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka, malahan juga di kaki lima. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| malah | | Kata Terbitan : malahan, |
|
|