Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAK ENON | AINON CHIK (1911-1992), primadona bangsawan, pelakon filem dan pelawak. | BUDAYA | Konsep |
MAHSURI | Mahsuri ( ? ? ) ialah tokoh legenda Pulau Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan sumpah tujuh keturunan. | UMUM | |
GEDOMBAK | GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand. | BUDAYA | Alat/Alatan |
MUHD. MANSUR ABDULLAH | MUHD. MANSUR ABDULLAH (1945- ), penulis dan sarjana. Dia lahir pada 21 Februari 1945 di Kampung Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Muhd. Mansur memakai beberapa nama pena seperti M.Ashikin, Bang Seman, M.Masriah, Mak Uda dan Kak Nab untuk ruangan pojok Tanjung Oh Tanjung dalam akhbar Mingguan Timur, Paku Karat dalam akhbar Watan dan majalah Alam Wanita. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Sungai Durian dan Sekolah Umum Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Anglo Chinese School dan di Goverment English Schol (Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz), Teluk Intan, sebelum terpilih meneruskan pelajarannya di Sekolah Datuk Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak. | SASTERA | Tokoh |
PAK PANDIR | PAK PANDIR, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Pandir ialah watak utama dalam cerita jenaka Melayu yang menggunakan judul yang sama. Pak Pandir dan isterinya Mak Andeh berhuma di hujung kampung yang terpencil. Pak Pandir berwatak lurus dan tidak bertindak melakukan sesuatu dengan sendirinya melainkan setelah disuruh oleh isterinya. lsterinya lebih bijak daripadanya dan kerana kelurusannya, Pak Pandir dianggap sebagai bodoh dan dungu. | SASTERA | Tokoh |
KHATIJAH TERUNG | HATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan Terung kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung. | SASTERA | Tokoh |
AFFRINI ADHAM | AFFRINI ADHAM (1927- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 4 November 1927 di Seberang Nyonya, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Ariffin. Selain nama Affrini Adham, dia turut menggunakan beberapa nama lain seperti Kelana Muda, Mak Inang Moden dan S.P. 280. | SASTERA | Konsep |
SULTAN MUHAMMAD IV | Kapsyen : Sultan Muhammad IV SULTAN MUHAMMAD IV (1869-1920), Sultan Kelantan yang kelapan (1899-1920) daripada keturunan Long Yunus. Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenar baginda ialah Tengku Long Senik. Baginda adalah putera sulung Tuan Kundur bin Tuan Ahmad atau Long Kundur bin Long Ahmad, yang bergelar Sultan Muhammad III (1889-1890). Bonda baginda ialah Mak Nik Raja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mak |
|
Puisi |
---|
|
Ngiau-ngiau kucing di rakit, Nak makan jeruk belimbing; Mak! Mak! Tunangku sakit, Nak mengintai di balik dinding.
Lihat selanjutnya... |
|