Schiller, Johann Christoph Friedrich von (17591805), tokoh kesusasteraan Jerman yang kedua terkemuka selepas Goethe, dan merupakan penulis drama terunggul Jerman. Schiller merupakan mahaguru konstruksi drama dan pelakonan watak. Ia menonjolkan kebebasan dan maruah manusia. Drama-dramanya memberi ilham kepada golongan liberal Jerman dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kebebasan pada awal tahun 1800-an dan semasa Revolusi tahun 1848. |