Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MADRASAH MUHAMMADIYAH | MADRASAH MUHAMMADIYAH, salah sebuah sekolah agama terawal di Kelantan yang mengikut kaedah pendidikan persekolahan moden. Nama penuh madrasah ini ialah al-Madrasah al-Muhammadiyah al-Kelantaniyah. Madrasah ini ditubuhkan pda 5 Ogos 1917 oleh Jabatan Pendidikan Agama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH AL-DINNIYAH | MADRASAH AL-DINNIYAH, madrasah untuk pelajar perempuan dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Madrasah ini terletak di Kampung Lalang, Padang Rengas, Perak. Madrasah yang didirikan oleh Syekh Junid Tola pada tahun 1935 ini merupakan cawangan Madrasah Yahyawiyah, yang khusus untuk pelajar lelaki. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH HAJI TAIB | MADRASAH HAJI TAIB, sekolah agama. Madrasah ini terletak di Parit Jamil, Muar, Johor. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan madrasah ini ialah anak-anak Haji Taib. Mereka menamakan madrasah ini sempena nama bapa mereka. Haji Taib berasal dari Tanah Jawa dan membuka kawasan Parit Jamil pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH IDRISIYAH | MADRASAH IDRISIYAH, sekolah agama. Madrasah yang didirikan pada tahun 1922 ini dibina di atas sebidang tanah wakaf seluas dua hektar di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Nama madrasah ini mengambil sempena nama Sultan Idris Murshidul Azam Syah (1887-1916). Bagindalah yang menjadi penggerak utama kepada penubuhan madrasah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH AL-ATTAS | MADRASAH AL-ATTAS, sekolah agama/Arab yang pertama di Pahang. Madrasah al-Attas terletak di Kampung Ketapang, Pekan, Pahang. Madrasah ini ditubuhkan pada 12 Jun 1923 oleh Habib Hassan al-Attas, seorang ulama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH AL-MASHOR AL-ISLAMIYAH | MADRASAH AL-MASHOR AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Madrasah ini bermula dengan sekolah al-Quran yang ditubuhkan pada 1916, di Acheen Street, Pulau Pinang. Kemudian madrasah ini dipindahkan ke Kampung Jawa Lama, di bawah bimbingan Ustaz Syed Abdul Rahman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH MELAYU SARAWAK | MADRASAH MELAYU SARAWAK, sekolah menengah kerajaan. Sekolah ini ditubuhkan setelah kegagalan Government Lay School. Government Lay School kemudiaannya disatukan dengan Sekolah Kampung Jawa pada tahun 1931. James Brooke menamakan sekolah ini Malay College tetapi kemudiannya ditukarkan kepada Madrasah Melayu Sarawak. Antara pengetua sekolah ini ialah Tuanku Madhi bin Tuanku Osman (1930-1946) dan Haji Jol bin Abdul Rahman (1947-1955). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH AL-IQBAL | MADRASAH AL-IQBAL, sekolah rendah agama di Singapura dan kemudian berpindah ke Riau-Lingga. Madrasah ini dibuka pada bulan Disember 1907 bersamaan 1 Muharam 1326, bertempat di No. 107, Seligi Road, Singapura. Penaungnya ialah Raja Ali Ahmad dari Lingga. Dalam tempoh ini, madrasah dijadikan sebagai pusat untuk memajukan pendidikan oleh golongan Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal telah dipilih sebagai pusat kegiatan pendidikan yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH | MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
MADRASAH SULTAN ZAINAL ABIDIN | MADRASAH SULTAN ZAINAL ABIDIN, sekolah agama Arab terawal di Terengganu. Sekolah ini didirikan pada tahun 1925 di Kuala Terenganu. Nama sekolah ini mengambil sempena nama Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |