Tayar ialah lapisan luar yang menyaluti sesebuah roda. Kebanyakan tayar diperbuat daripada getah yang diperkukuhkan dengan sejenis fabrik dan pneumatik (diisikan dengan udara mampat) . Ia digunakan pada kapal terbang, basikal, bas, kereta, jentera melombong, motosikal, kenderaan rekreasi, traktor, lori, dan bermacam-macam kenderaan lagi. Sesetengah tayar getah diperbuat daripada getah padat, seperti yang digunakan pada kereta sorong. |