Mulut ialah bahagian badan yang sesuai untuk menerima makanan. Bibir pada bukaan mulut membantu kita minum dan mengambil makanan. Di dalam mulut, ada dua baris gigi, satu di atas baris yang satu lagi, untuk mengunyah dan menghancurkan makanan hingga lumat supaya boleh ditelan dan dihadam. Kelenjar air liur di dinding dan lantai mulut mengeluarkan air liur, yang bercampur dengan makanan yang dikunyah. Air liur menjadikan kita lebih mudah menelan makanan kering dan membantu penghadaman gula. Lihat Air liur. |