Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SONDHEIM, STEPHEN | Sondheim, Stephen (1930 ) ialah penggubah dan penulis lirik Amerika yang terkenal dengan komedi muzikalnya. Sondheim popular melalui lirik yang lucu tetapi bijaksana, melodi yang kompleks, dan plot yang canggih. Dia memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1985, untuk drama Sunday in the Park with George (1984). Dia memenangi Academy Award untuk lagu Sooner or Later daripada filem Dick Tracy (1990). | UMUM | |
MÖRIKE, EDUARD | Mörike, Eduard (18041875) ialah penyair lirik Jerman. Dia berjaya mengatasi kekaburan yang menjadi ciri kebanyakan puisi romantik. Karya-karya Mörike banyak yang membayangkan suasana aman dan menyeronokkan. Tetapi puisinya yang amat dikagumi ialah mengenai sesuatu objek atau detik waktu, seperti sebuah lampu usang dalam rumah musim panas, atau sepasang kekasih ketika menghilangkan diri di satu sudut. | UMUM | |
PINDAR | Pindar (522?443 S.M.) ialah penyair lirik agung Yunani. Dia disanjung kerana mencipta oda Pindar. Jenis oda ini terbina daripada tiga rangkap iaitu strop, antistrop, dan epod yang diulang bersiri. Pindar menggubah puisi yang sangat indah dan halus ini untuk meluahkan sanjungan dan pujian terhadap acara tertentu seperti meraikan kejayaan atlit dalam pertandingan sukan kebangsaan yang hebat. | UMUM | |
SIMON, PAUL | Simon, Paul (1942 ) ialah penyanyi, penulis lirik lagu, dan pemain gitar Amerika yang menubuhkan kumpulan muzik rakyat yang terkenal pada tahun 1960-an bersama-sama dengan rakannya semasa kecil, Art Garfunkel. Simon memulakan kariernya sebagai penyanyi solo yang berjaya pada tahun 1970-an. | UMUM | |
MOORE, THOMAS | Moore, Thomas (17791852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk Believe Me If All Those Endearing Young Charms, The Last Rose of Summer dan Oft in the Stilly Night. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. | UMUM | |
SHELLEY, PERCY BYSSHE | Shelley, Percy Bysshe (17921822) ialah salah seorang pemuisi lirik Inggeris. Dia telah membuat ujian terhadap banyak gaya persuratan dan mempunyai pengaruh terhadap ramai penulis terkemudian, khususnya Robert Browning, Algernon Charles Swinburne, William Butler Yeats, George Bernard Shaw, dan Thomas Hardy. | UMUM | |
DE LOS ANGELES, VICTORIA | De los Angeles, Victoria (1923 ) ialah soprano lirik wanita Sepanyol yang mendapat perhatian antarabangsa sebagai seorang penyanyi opera, penyanyi resital dan penyanyi solo orkestra. | UMUM | |
LERNER, ALAN JAY | Lerner, Alan Jay (19181986), salah seorang penulis lirik teragung dalam arena muzik Amerika. Liriknya yang terbaik memaparkan kebijaksanaan dan kesenian yang jarang ditemui dalam arena muzik. Hasil gubahan Lerner yang terunggul pernah diusahakannya bersama-sama penggubah kelahiran Vienna, Frederick Loewe. | UMUM | |
ARISTOPHANES | Aristophanes (445?385? S.M.) ialah penulis komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik yang indah berserta kritikan serius terhadap politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia seorang pakar lagu dan ritma. | UMUM | |
PUSHKIN, ALEXANDER | Pushkin, Alexander (17991837), dianggap penyair Rusia yang teragung. Pushkin lebih dikenali kerana puisi naratifnya yang panjang. Dia juga menulis banyak puisi lirik pendek yang indah, drama berpuisi, dan cerpen prosa. Beberapa buah hasil karyanya menjadi ilham kepada beberapa orang penggubah Rusia yang teragung dalam menghasilkan balet dan opera. | UMUM | |
|
|